Menu

Cendawan Mega

Industri Tanaman Cendawan Berkembang Dengan Peredaran Masa

header photo

INDUSTRI CENDAWAN MALAYSIA

 

Kami MEGA MAKRO SDN BHD (sebelum ini dikenali sebagai Bimbo Trading) telah mengorak langkah seawal 2006 dalam industri cendawan ini. Pelbagai rintangan dan dugaan telah kami tempuhi, namum semangat juang dalam mengangkat industri cendawan ini ke arah penyumbang dalam ekonomi negara semakin meninggi.

Bermula dengan bangsal kecil, kini kami mengembangkan perniagaan sehingga terlibat dalam membantu usahawan cendawan yang lain dengan membekal mesin dan peralatan cendawan. Benar, dalam meningkatkan usaha pengeluaran cendawan masa kini, seharusnya penggunaan teknologi terkini dan peralatan dalam mempercepatkan pembuatan dan penghasilan tanaman cendawan ini.

Usaha R&D kami dalam memperkenalkan dan mempromosi teknologi terkini mampu membuatkan ramai usahawan cendawan baru tersenyum dengan kemudahan yang tersedia ada.

Ayuh, sama-sama membangunkan industri cendawan negara dan penghasilan produk hiliran berasaskan cendawan.